Sunday, September 27, 2009

kes rogol lagi..

SHAH ALAM 11 Sept. – Exco Selangor, Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung satu ugutan rogol terhadapnya semasa sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Sabtu lalu.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Hadir mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan itu, beberapa wakil rakyat wanita pakatan pembangkang termasuk Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.

Rodziah dalam kenyataan medianya berkata, beliau membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan rasa terancam selepas diugut semasa sesi dialog tersebut.

Dakwanya, beliau semakin gusar apabila pihak polis masih belum mengambil tindakan terhadap ugutan yang dilemparkan kepadanya pada sesi dialog pada 5 September lalu.

‘‘Saya juga dilempar kata-kata kesat seperti jalang dan mengalahkan pelacur,” katanya.

Rodziah bagaimanapun tidak menyatakan individu yang melemparkan kata-kata ugutan itu dalam kenyataan medianya sebaliknya hanya menyebut perkara itu dilakukan oleh mereka yang cuba menimbulkan kekecohan dalam sesi dialog itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaludin mengesahkan pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh Rodziah.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan aib kepada wanita.

No comments:

Post a Comment

RELATED POST :

Blog Widget by LinkWithin